Renggang Semakin Rapat
"Baiklah semua, sesi pengenalan dan suai kenal untuk hari ini sudah selesai. Kamu semua bolehlah bergerak balik. Nanti ketua setiap kumpulan boleh buat kumpulan Whatsapp kelas masing-masing, senang nak maklumkan apa-apa nanti", umum ketua jurulatih Kelab Seni Gusti tersebut di perhimpunan kelab dan selepas itu, kami semua pun bergerak pulang ke asrama. 'Krurrr krurrr', bunyi perut aku yang sudah kelaparan, ya lah tidak sempat menjamah sedikit makanan sebelum datang ke sini kerana terlambat bangun tadi petang. Tanpa buang masa, aku pun terus bergerak ke kafeteria dan membeli juadah makan malam aku yang biasa. Seusai sembahyang Maghrib, aku pun bergerak ke meja belajar aku untuk makan. Namun, ada yang menarik perhatian aku di mana katil sebelah aku yang sebelum ini kosong sudah pun berpenghuni. Sejak aku balik tadi, tidak ada satu kelibat pun yang aku nampak sedang mengemas katil atau menyusun barang-barang di tempat itu. 'Krurrr', bunyi perut semakin kuat memanggil lalu aku pun terus menjamah makanan yang aku beli tadi sambil menonton filem di laman sesawang Netflix di komputer riba aku.
Sesudah selesai aku makan malam sehinggalah hampir larut malam, namun pemilik katil itu masih lagi tidak memunculkan diri, hanya kawan sebilik aku yang lain sahaja keluar dan masuk dari bilik ini. Dek kerana penat menunggu, aku yang sudah mengantuk pun pergi ke bilik air untuk memberus gigi seperti biasa. Namun tidak disangka-sangka, susuk tubuh yang agak aku kenal sedang sedang keluar dari tandas dan berdiri lalu membasuh tangan di sebelah aku yang sedang memberus gigi di sinki itu. "Eh, ini bukan yang aku langgar hari itu ke?", fikirku di dalam hati sambil menjeling dia di cermin secara senyap-senyap. Hendak sahaja aku menegurnya namun aku berasa teragak-agak pula sehinggalah dia keluar dari bilik air itu. "Aduh, terlepas pula peluang tadi", rungut aku menyesal. Sedang aku berjalan ke katil aku setelah selesai meletakkan barang mandian aku tadi, aku terhenti sejenak dan agak terkejut melihat si dia yang ada di dalam bilik itu, lebih-lebih lagi dia sedang terbaring di katil yang terletak di sebelah katil aku sambil melihat telefonnya. Nasiblah aku tidak memegang apa-apa, kalau tidak sudah pasti terlepas dari tangan aku pada waktu itu. Kemudian, dia memandang aku yang terkaku di situ membuatkan aku tersedar semula lalu dengan pantas bergerak ke meja belajar aku. Beberapa kali aku curi-curi melihat dirinya dan menguatkan diri untuk menegurnya namun tidak terdaya. Kerana terlalu gementar, aku pun membatalkan keinginan aku itu lalu terus merebahkan diri ke katil menghadap tingkap sambil berasa kesal memikirkan peluang-peluang yang sudah aku lepaskan tadi. Maka, malam itu berlalu sunyi-sepi seperti biasa.
Sudah menjadi rutin seharian aku ke kelas kuliah pada waktu pagi sehingga jam empat petang, balik, makan, siapkan tugasan kuliah dan rehat pada sebelah malamnya sepanjang lima hari kuliahku setiap minggu. Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu bukan sahaja aku malah setiap pelajar di sini iaitu hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Pada waktu itulah kami akan serehat-rehatnya dan keluar lepak bersama kawan, malah bebas untuk ke mana-mana tak kira masa. Aku seperti biasa hanya melepak di kawasan asrama sahaja, bersiar-siar sekeliling dan kalau rajin, aku akan turun ke padang menyertai mereka yang sedang bermain bola sepak. Pada malam Sabtu itu, aku baru sahaja pulang dari melepak dengan rakan sekelas aku di kafeteria dan terlihat si dia masih berada di dalam bilik, menjamah makan malam sambil menonton filem di komputer ribanya. Perasan juga yang dia jarang keluar dari bilik, hanya beberapa kali sahaja itupun ke kelas ataupun ke kafeteria. Aku melihat sekeliling namun tiada penampakkan susuk tubuh dua lagi rakan sebilik aku yang lain, "Bagus, ada peluang lagi", fikirku. "Hei, malam bro", sapa aku dengan senyuman sambil aku duduk di tepi katil menghadap dia, dan dia pun memandang aku dan membalasnya dengan senyuman sahaja. "Tak sempat nak kenal-kenal dengan kau sebelum ni. Aku Faris, budak kos diploma elektrik", sapaku lagi memulakan perbualan. "Aku Arif, kos diploma itu juga. Aku dah semester kedua, kau pula?", balasnya. "Oh, aku baru semester pertama. Patutlah kau tak ada sewaktu sesi orientasi hari itu, kira senior lah ni"."Hahaha, lebih satu sem je". Kami pun berborak agak lama jugalah sepanjang malam itu. Dari tempat tinggal sehinggalah masuk bab subjek pembelanjaran, semuanya dikongsinya. "Maaf tau pasal hari itu, tak memasal terlanggar kau", kataku selepas kami tiada topik berbual. "Oh hahaha, tiada hal lah, Faris. Bukan main laju lagi kau jalan masa itu, lambat ke mana lah tu, hahaha", balasnya. "Hahaha, lambat pergi kelab hari itu. Boleh pula aku tertidur". "Oh, hahaha. Kelab gusti ke?". "Eh, macam tau-tau je. Intai aku lah tu, hahahah", gurauku. "Hahaha, tak ada masa nak intai kau. Kawan sekelas aku pun sertai kelab tu juga". Pada masa yang sama, satu deringan dari telefonnya berbunyi, "Nanti kita sambung borak lagi, ada kerja sikit", katanya selepas dia meletakkan telefon semula. "Okay, bro", balasku lalu membaringkan badanku di tilam sambil bermain telefon setelah dia keluar dari bilik.
Sejak dari itu, kita orang semakin lama semakin akrab. Sering lepak bersama terutamanya di bilik selain di tempat lain seperti di kafeteria atau pun lepak luar di pekan. Beberapa kali juga aku bercerita tentang minat aku terhadap gusti, pengalaman aku berkaitan dengan itu, malah entah kenapa aku berkongsi juga mengenai aku dihukum kalah oleh pihak lawan aku, iaitu kawan aku sendiri, mungkin kerana aku sudah mula percayai dirinya. Pada mulanya, dia agak terkejut jugalah dengar tentang hal itu, namun setelah aku terang dengan penuh, barulah dia faham. Walaupun perkara itu mungkin asing darinya namun dia tidak pernah lekang dan bosan mendengarnya, tidak seperti kawan-kawan aku yang lain. Kadang-kala aku terfikir untuk ajaknya bergusti, entah kenapa melihat badannya yang gempal berotot dan perutnya yang sedikit membuncit sepertinya layak jadi seorang penggusti yang aku ingin lawan. Beberapa kali aku cuba mengajaknya untuk saja-saja bergusti di bilik namun tidak kesampaian dek kerana kawan sebilik aku yang lain masih ada. Namun demikian, sepertinya keinginan aku didengari oleh Sang Penguasa. Boleh pula ada acara sambutan Hari Kelab dan Sukan institusi kemahiran itu, jadi jawatankuasa Kelab Gusti tersebut akan menganjurkan gelanggang terbuka buat para pelajar bukan ahli juga yang ingin mencuba rasai pengalaman bergusti. "Weh Arif, kelab aku ada buat gelanggang terbuka untuk pelajar luar. Jadi, aku nak ajak kau ke sana. Manalah tau kau cuba rasa bergusti. Mung... mungkin kau jadi minat ke nanti, hehehe", ajakku sewaktu kami lepak di bilik. "Oh, yakah? Aku okay je kalau macam tu, janji kau ada. Kau pun tahukan yang aku ni bukan rajin tegur-tegur dengan borak-borak dengan orang lain, hahaha", guraunya yang bersetuju dengan ajakan aku. Betapa gembiranya aku dengar, malah tidak perasan yang aku sudah tersenyum lebar. "Terbaiklah, macam ni lah kawan aku. Nanti kita gerak sama-sama, mantap bro", seronoknya aku pada waktu itu. Akhirnya, langkah pertama sudah pun selesai, kini langkah kedua akan dimulakan pada hari kejadian nanti.
M.N.A_97
×
×
×
ENGLISH
"Alright everyone, the session for today is over. You can all go back. Later, the leader of each group can create a Whatsapp group for their respective class, it's easy to inform you about anything later", announced the head coach of the Wrestling Art Club at the club meeting and after that, we all went back to the hostel. 'Krurrr krurrr', the sound of my hungry stomach, I didn't have time to eat some food before coming here because I woke up late this evening. Without wasting time, I went to the cafeteria and bought my usual dinner. After Maghrib prayer, I moved to my study table to eat. However, something caught my attention where the bed next to me that was previously empty was already occupied. Since I came back, there wasn't a single glimpse of people making the bed or arranging the things in that place. 'Krurrr', the sound of my stomach is getting louder and I continue to eat the food I bought while watching a movie on the Netflix website on my laptop.
After I finished dinner until almost late at night, but the owner of the bed still didn't show up, only my other roommate came in and out of this room. Because I was tired of waiting, I, who was already sleepy, went to the bathroom to brush my teeth as usual. But unexpectedly, a figure I kind of knew was coming out of the toilet and stood up and washed his hands next to me who was brushing his teeth at the sink. "Eh, isn't he what I ran into this evening?", I thought to myself as I silently stared at him in the mirror. I wanted to greet him but I felt hesitant until he came out of the bathroom. "Hmmm, I missed the opportunity", I complained regretfully. As I was walking to my bed after putting away my toiletries, I stopped for a moment and was quite surprised to see him in the room, moreover he was lying on the bed next to mine while looking at his phone. Luckily I wasn't holding anything, otherwise it would have slipped out of my hands at that time. Then, he looked at me who was frozen there making me concious again and quickly moved to my study table. Several times I sneaked a look at him and braced myself to reprimand him but failed. Because I was too nervous, I canceled my wish and continued to lay down on the bed facing the window while feeling regretful thinking about the opportunities I had missed earlier. So, the night passed quietly as usual.
It has become a daily routine for me to go to lecture class in the morning until four in the evening, come back, eat, done some lecture assignments and rest in the evening during my five days of lectures every week. Finally, the day that not only me but every student here is waiting for is the weekend, Saturday and Sunday have come. At that time we could relax and hang out with friends, even free to go anywhere no matter the time. As usual, I just hang out in the dormitory area, wandering around and if I'm diligent, I'll go down to the field to join those who are playing football. That Saturday night, I had just come home from hanging out with my classmate in the cafeteria and he was still in the room, eating dinner while watching a movie on his laptop. Also noticed that he rarely left the room, only a few times even to class or to the cafeteria. I looked around but there was no sign of my other two roommates, "Good, there's another chance", I thought. "Hey, bro", I greeted with a smile as I sat on the edge of the bed facing him, and he looked at me and just smiled back. "I didn't have time to get to know you before. I'm Faris, an electrical diploma student", I said and started the conversation. "I'm Arif, student of that diploma too. I'm in the second semester, what about you?", he replied. "Oh, I'm only in the first semester. No wonder you are not there during the orientation session that day, I suppose to called you my senior." "Hahaha, it's just one semester difference". We chatted for a long time that night. From the place of residence to entering the other subjects, everything is shared. "I'm sorry about that day, I regret bumping into you", I said after we had no topic to talk about. "Oh hahaha, it's okay, Faris. You're not pushing that hard, hahaha", he replied. "Hahaha, I was late going to the club that day. I was falling asleep". "Oh, hahaha. The wrestling club?". "Eh, you know about it. Are you stalking me, hahahah", I joked. "Hahaha, I don't have time to stalk on you. My classmates also joined the club". At the same time, a ring from his phone sounded, "Let's chat again later, I need to do some work", he said after he hung up the phone. "Okay, bro", I replied and laid my body on the mattress while playing on the phone after he left the room.
Since then, we have gotten to know each other more and more. Often hang out together especially in the room other than in other places like in the cafeteria or even hanging out in the town. Several times I also talked about my interest in wrestling, my experiences related to that, and for some reason I also shared about being lose by my opponent, which is my own friend, maybe because I had started to trust him. At first, he was a little surprised to hear about it, but after I fully explained it, he understood. Although it may be foreign to him, he never gets tired of hearing it, unlike my other friends. Sometimes I thought about asking him to wrestle, for some reason seeing his muscular body and slightly bulging stomach seemed worthy of being a wrestler that I wanted to fight. Several times I tried to invite him to just wrestle in the room but I couldn't because my other roommate was still there. However, it seems that my desire was heard by the Lord. There were also be an event to celebrate the Club and Sports Day in the institution, so the Wrestling Club committee will organize an open ring for non-member students who also want to try wrestling. "Hey Arif, my club has an open court event for other students. So, I want to take you there. Maybe if you want to try wrestling. Just... maybe you'll be interested later, hehehe", I invited while we were hanging out in our room . "Oh, seriously? I'm okay if that's the case. You know that I'm not quite experienced in punching and wrestling with other people, hahaha", he joked, agreeing to my invitation. I was so happy to hear that, I didn't even notice that I was already smiling widely. "Nice, that's my friend. Later we will go together, okay bro", I was happy at that time. Finally, the first step has been completed, now the second step will start on the day of the incident.
M.N.A_97

Ulasan
Catat Ulasan