Kemenangan Pertama


BAHASA MELAYU

Jam 6 lebih pagi, suasana dingin subuh Sabtu itu masih terasa menambahkan lagi rasa sejuk di dalam bilik aku itu. Kebanyakan pelajar sudah pasti akan sambung tidur semula setelah menunaikan sembahyang Subuh, termasuklah kawan-kawan sebilik aku, apatah lagi masa-masa cuti ini. Namun, tidak bagi aku yang sudah bersiap-siap memakai baju 'jersey' bola dan berseluar sukan warna hitam. Hari ini adalah hari penting bagi aku kerana akan berlangsungnya perlawanan yang aku sertai pada pagi ini. Ya, kelab gusti aku sedang mencari bakat baru untuk menjadi sebagai wakil ahli gusti institusi dalam pertandingan gusti di peringkat daerah nanti. Ini adalah peluang bagi aku untuk mengasah minat dan merasai pengalaman bergusti di dalam acara rasmi. Begitu terujanya aku sampaikan aku tidak dapat melelapkan mata malam tadi dan bersiap awal walaupun waktu berkumpul bagi peserta adalah pada jam 9:30 pagi nanti. "Eh, awal bersiap. Nak ke mana tu?", sapa si Arif yang terjaga di atas katilnya itu. "Oh, hahaha. Pagi ni aku ada hal sikit, maaf bro buat kau terjaga pula", balasku sambil duduk di atas katil aku. "Oh, okay-okay", balasnya singkat lalu menarik selimutnya semula dan menyambung tidurnya tadi.

Pagi yang gelap sudah berganti siang, aku pun baru sahaja sampai di tempat berhimpun, sudah ramai juga tidak kira peserta lelaki ataupun perempuan yang telah berada di hadapan dewan besar itu. Setelah taklimat mengenai atur cara pertandingan itu diberikan oleh pengerusi kelab itu sendiri, kami pun disusun mengikut kumpulan dan angka giliran dan calon lawan juga telah kami terima. Beberapa perlawanan awal aku, dari peringkat pemilihan sehinggalah ke peringkat separuh akhir semuanya agak mudah aku kalahkan walaupun ada beberapa sesi yang mengambil masa yang agak lama. Kini, aku pun sudah berjaya sampai ke peringkat akhir yang akan akan berlansung pada petang ini. Aku pun mengambil peluang ke atas masa yang ada untuk berehat secukupnya dan meregang-regangkan otot aku yang kelenguhan tadi di luar dewan tersebut. "Eh, Faris. Dekat sini kau, ingatkan kau ada urusan tadi", tegur si Arif yang terserempak denganku di tepi dewan itu. "Hoho, Arif. Aku tengah rehat-rehat kejap dekat sini. Kau nak ke mana tu?", balasku. "Aku saja je jalan-jalan dalam ni, bosan pula duduk bilik, hahaha. Apa yang kecoh-kecoh dalam tu?". "Dalam ada pertandingan gusti, sekarang masa separuh akhir kedua. Petang nanti giliran aku untuk pusingan akhir". "Alahai, kenapa kau tak bagitahu aku tadi? Bolehlah aku tengok kau lawan dan sokong kau sekali. Nasib baik sempat sampai sini, kau ni pun senyap je, hahaha", lalu dia menghampiri dan duduk di sebelah aku. Dia pun menemani aku sepanjang aku berehat di situ sambil memberikan kata-kata semangat.

"Baiklah semua, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Sudah masanya untuk kita saksikan perlawanan akhir gusti peringkat institusi tahun 2022. Siapa yang tak sabar, jerit 'hei'". "Heiii". "Tak kuat, saya ulang, siapa yang tak sabar, jerit 'hey'". "Heiiiiii". "Ya, semangat macam ni la yang saya nak dengar", suara pengacara pertandingan dan sorakan penonton menggegarkan satu dewan itu sehingga kedengaran dari luar. Pada masa yang sama, jawatankuasa khas juga sudah memanggil aku untuk bersiap-sedia. Sebelum aku masuk, si Arif sempat lagi menggenggam erat tanganku sambil menepuk-nepuk bahuku sebagai tanda sokongan dan semangat buat aku, membuatkan aku sangat gembira dan lebih tekad untuk menang. "Baiklah, kini saya akan umumkan peserta gusti peringkat akhir ini. Dipersilakan masuk gelanggang, seorang wakil pelajar dari jurusan kejuruteraan elektrik. The RedRisssssssss", namaku diseru lalu aku pun bergerak masuk ke gelanggang sambil disorak oleh penonton sekitar. "Faris, semangat bro", kedengaran sorakan yang aku dengar disebalik bunyi bisingnya jeritan penonton lain dan aku sedar yang sorakan tadi itu datangnya dari si Arif yang masih bersorak melihat aku masuk, membuatkan aku tersenyum lebar. "Sekarang, saya menyeru lawannya The Redris. Seorang pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal, sudah berpengalaman lama dalam bidang seni gusti dan juga memegang takhta naib juara acara sukan gusti. Dipersilakan masuk, Adam The Death Reaperrrrrrrrr", lalu diarak masuk pula seseorang ke dalam gelanggang setelah itu. Tubuhnya yang agak besar, lebih besar dariku dan berwajah agak serius seperti mengeluarkan aura yang dingin membuatkan aku sedikit gementar. Siapa sahaja yang tak kenal si dia ini, pemegang status naib juara yang paling lama dalam sejarah gusti di sini. Ramai juga yang telah dikalahkan olehnya, apatah lagi hampir-hampir mengalahkan pemegang juara pada perlawanan tahun lepas. "Faris, kau boleh. Semangat, Faris. Yarghhh", jeritan dan sorakan dari Arif menyedarkan aku dari lamunan kerisauan tadi, lalu aku pun menaikkan semangat aku semula.

'Tinggg', loceng dibunyikan memulakan perlawanan pusingan pertama. Aku pun mula berjalan mengelilingi gelanggang dalam itu, kadang-kala mengacah-acah menyerangnya. Saat aku cuba mengacahnya lagi sekali, dia juga terus meluru ke arah aku lalu menarik tangan aku sebelum menghentak lengannya ke dada aku, membuatkan aku terjatuh terlentang dengan agak kuat. Namun, dia sepertinya masih lagi tidak serius menyerang aku lalu dengan kesempatan itu, aku gagahkan diri untuk berdiri semula dan bersandar di tali gelanggang itu. Belum sempat aku menarik nafas, dia meluru lagi ke arah aku dan cuba menerkam, lalu aku sempat mengelak dan berlari ke penjuru lain. Dia lagi sekali ingin menerkam aku, lalu aku pun terus melepaskan tumbukan ke perutnya membuatkan dia sedikit tertunduk. Dengan peluang itu, aku menyeluk lehernya lalu mengangkat badannya sehingga posisi badannya dalam keadaan terbalik di atas . Belum sempat aku menghempasnya ke belakang, dia berjaya menjatuhkan semula badannya sampaikan pegangan aku terlepas. Lalu tak semena-mena, dia pula menumbuk dada dan perutku berulang kali. Aku cuba menghalangnya namun tumbukannya itu kuat sehingga aku terundur lalu jatuh terlentang. Tidak dengan itu, malah dia melepaskan lagi tumbukkannya bertubi-tubi ke arah perut aku, membuatkan aku menggelupur kesakitan. Lalu, aku menendang perutnya sampaikan dia terjatuh lalu aku merangkak ke tepi gelanggang sambil menahan pedih di perutku. Setelah aku berdiri semula, kami pun berhadapan lagi sesama sendiri dan dia cuba melepaskan tumbukkannya lagi namun aku sempat mengelak dan menahannya dengan tangan aku. Aku juga tidak henti-henti cuba menumbuknya namun tidak berjaya sehinggalah kawasan kiri badannya terdedah lalu dengan pantas, aku menerjah kakinya sehingga jatuh lalu aku tumbuk rusuk kirinya beberapa kali. "Arghhh erghhh, lepaskan aku. Sakit arghh", jeritnya yang kesakitan namun aku tidak mengendahkannya dan teruskan sahaja. Namun malang tak berbau, aku terleka sehinggakan dia dapat menerjah kaki aku lalu mengunci leherku dengan kuat. Aku mengeliat dengan kuat dan cuba melepaskan kuncian tangannya namun gagal. Semakin lama, pandangan aku semakin kabur dan pendengaran aku semakin pudar, namun aku gigihkan badan aku dengan mencuba-cuba menumbuk dan menyiku badannya beberapa kali. Beberapa pukulan aku lepaskan dan akhirnya dia melepaskan aku lalu berdiri dengan cepat, meninggalkan aku yang tercungap-cungap itu terbaring di lantai gelanggang. Setelah ada kekuatan sedikit, aku cuba untuk bangun namun dia sempat menyeluk leherku lalu mengangkat tubuhku secara terbalik sebelum menghempas aku ke belakang. Menjeritlah aku kesakitan yang tidak henti-henti diterima oleh badanku. Sekali lagi, dia menyeluk, mengangkat dan menghempas aku lagi, pada waktu itu aku sudah tidak ada kekuatan lagi untuk bangkit dan hanya berbaring sahaja di situ. Riuh sorakan penyokong-penyokong di situ semakin kuat dan menggegarkan dewan itu, sehinggakan aku tidak sedar yang dia sudah naik ke atas tiang penjuru gelanggang itu sambil membuat gaya tersendirinya itu. Aku cuba untuk mengelak namun tidak terdaya, lalu 'bammm', dia meloncat dan menghempap badan aku. "Arghhh, uhukkk uhukkk, arghhh", jeritku menahan sakit itu. Setelah itu, dia mengangkat kaki kiri aku dan pengadil pun memhlakan kiraan. Mengetahui hal itu, aku pun mengelak sehingga kiraan itu terbatal, terlibat dia yang sudah melutut kemarahan sebelum dia mengangkat aku sehingga berdiri lagi. Aku pun cepat-cepat menumbuk perutnya dengan kuat sehingga dia tertunduk dan dengan kekuatan yang aku ada, aku memusingkan badan aku kebelakang sambil menyeluk lehernya lalu akunjatuhkan badanku sehingga dia juga terikut jatuh ke lantai. Lalu, aku bergerak ke atas badannya dan mengunci lehernya sebelum aku tarik ke belakang. Dia pun mula menggelupur kesakitan dan beberapa kali cuba melepaskan tangan aku, namun aku kuatkan lagi genggaman sehingga dia terlihat sedikit penat. Dek kerana kelenguhan, aku pun melepaskan lehernya. Namun, dia juva mengambil kesempatan itu untuk memusi gkan badannya sehinggakan aku yang duduk di atasnya tadi tergolek jatuh lalu dia terus meluru ke arah aku dan melutut celah kangkangku yang terdedah itu. "Arghhh, sakit. Arghhh erghhh, sa... sakit", meraung aku yang menggelupur itu, namun dia sepertinya tersenyum lalu membuka kaki aku dan melututnya lagi sekali. Terkeluar air mata jantanku dek kerana kesenakan di batang dan telur aku itu, malah para penyokong lebih kuat menyorak atas serangannya itu, ada juga yang memintanya untuk melututnya lagi. Setelah itu, dia menarik aku ke tiang penjuru dalam keadaan terduduk lalu dia memijak-mijak batangku beberapa kali di sana. Aku cuba menangkis namun dia menumbuk pula perut aku sebelum menginjak-injak lagi celah kangkangku sehingga pengadil meleraikan kami. Aku cuba merangkak ke tali namun sempat dia menarik aku ke tengah gelanggang lalu dia meletakkan kepala aku di celah kangkangnya dan mengangkat badan aku sehingga terbalik sebelum menghentak kepala aku ke lantai. Aku pun jatuh terlentang lagi sambil tercungap-cungap dek kerana tiada kekuatan lagi, malah kedengaran lawanku menyorak kepada dirinya sendiri dengan penuh ego sambil disahut oleh penyokongnya di luar gelanggang itu.

Namun, kelihatan samar-samar seseorang yang memandang aku sambil bersorak dengan kuat. Aku pun cuba membuka mataku dengan lebih luas dan fokus padanya, maka tahulah aku yang itu adalah kawan katil sebelahku itu, "Bangkit, Faris. Kau boleh menang. Kau kuat, bangun Faris. Bangunnn, bangggkit, Faris", si Arif yang cuba menyorak dan memberi semangat pada aku. Melihat sokongannya yang tiada henti itu membuatkan aku tersenyum lalu bangkit dengan kekuatan yang aku ada sehingga aku berdiri. Melihat lawan aku yang masih leka bersorak, aku terus menumbuk rusuk kanannya beberapa kali sehibgga dia jatuh, lalu aku menarik dia ke tiang dan melutut celah kangkangnya beberapa kali sebelum dia menepis dan cuba menerkam aku namun aku sempat mengelak. Setelah itu, aku pun menariknya sehingga tertunduk lalu menyeluk lenganku dilehernya sebelum menghempas ke belakang. Jeritannya kuat sekuat sorakannya tadi lalu aku pun tidak membuang masa dan terus menarik kakinya sehingga menghala ke arah tiang tadi. Dengan kakinyanyang terkangkang dan hujung kakinya sudah terjuntai keluar dari gelanggang itu, 'bukkk', aku pun terus menarik kuat kedua-dua kakinya sehingga celah kangkangnya terhentam di tiang itu. Jeritan kesakitannya itu tenggelam dengan sorakan penyokong yang mula menyukai serangan aku itu. Lalu, aku menolaknya jauh dari tiang itu dan sekali lagi aku tarik dengan lebih kuat sampaikan celah kangkangnya dihentam lagi. Setelah itu, aku masuk ke gelanggang semula dan menariknya ke tengah lantai lalu dengan cepat aku mengangkat kakinya. Pengadil pun mulai buat kiraan, "Satu, dua, tiga. Tamat", maka bersoraklah para penyokong yang melihat perlawanan tadi. Aku pun menjerit kelegaan sambil berlutut di gelanggang itu. "Akhirnya, tamat juga perlawanan yang sungguh dahsyat dan mendebarkan tadi. Hari ini dalam sejarah gusti institusi, kita telah pun melihat ketibaan juara baru arena ini. Maka, kemenangan dan juara bagi pertandingan gusti peringkat institusi jatuh kepadaaa... The RedRisssssssss", umumnya si pengacara mengenai kemenangan diriku mengalahkan si naib juara itu sambil tanganku diangkat oleh pengadil sebagai tanda juara, malah tali pinggang gusti jhas untuk sang juara juga diserahkan pada aku oleh pengerusi kelab itu. Pada saat itu, terlihat si Arif yang masih menonton acara penyampaian tali pinggang gusti itu. Dengan pantas, aku turun dari gelanggang dan terus memeluknya dengan erat. Dia yang agak terkejut dengan perbuatan itu pada mulanya pun terus mendakap aku kembali. "Aku menang, Rif. Aku menang. Akhirnya,... ak... aku men... aku menang", kataku yang sedang menangis kegembiraan. "Tahniah, Ris. Aku tahu kau akan menang. Kau tahu, Ris. Kau pasti menang", kata-katanya itu membuatkan aku lebih gembira dan air mataku semakin deras mengalir. "Dah, dah. Jangan menangis lagi, malu orang lain tengok, hahaha". "Kau tunggu sini tau, kita balik sama-sama nanti. Kau tunggu tau", kataku sebelum ke bilik persalinan dan mengambil barang-barang peribadiku tadi. Tidak terungkap gembiranya aku pada waktu itu dengan kemenangan pertama yang aku rangkul, malah juga ditemani sahabat sebilik aku yang tidak putus-putus memberi aku semangat dan setia menonton aku berlawan sehingga ke saat akhir. Sungguh, betapa beruntungnya aku pada waktu itu. Tidak dapat juga aku lupakan senyuman kegembiraan yang dia tunjukkan.

M.N.A_97

×

×

×

ENGLISH

At 6 o'clock in the morning, the cold atmosphere of the Saturday morning still added to the cold feeling in my room. Most students will definitely go back to sleep after performing the Fajr prayer, including my roommates, not to mention these holidays. However, not for me who is getting ready to wear a football jersey and black sports pants. Today is an important day for me because the match I participated in this morning will take place. Yes, my wrestling club is looking for new talent to represent the institution's wrestlers in wrestling competitions at the district level later. This is an opportunity for me to hone my interest and experience wrestling in an official event. I was so excited that I couldn't sleep last night and got ready early even though the gathering time for the participants was at 9:30 in the morning. "Eh, it's early to get ready. Where are you going?", asked Arif who was awake on his bed. "Oh, hahaha. I have a little something this morning, sorry bro for disturbing your sleep", I replied while sitting on my bed. "Oh, okay-okay", he replied shortly and then pulled the blanket again and continued to sleep again.

The dark morning became more brighter, I have just arrived at the gathering place, there are already many participants, whether male or female, who have been in front of the big hall. After the briefing on the program of the competition was given by the chairman of the club himself, we were arranged according to group and turn number and we also get to know our opponent candidates. Some of my early matches, from the selection stage up to the semi-final stage, were all quite easy for me to beat even though there were some sessions that took quite a long time. Now, I have managed to reach the final stage which will take place this evening. I also took the opportunity of the available time to rest enough and stretch my muscles that were tired earlier outside the hall. "Eh, Faris. You're here, I thought you had something to do", said Arif who bumped into me at the edge of the hall. "Hoho, Arif. I'm resting for a while here. Where are you going?", I replied. "I'm just walking around in here, I'm bored sitting in the room, hahaha. What's the commotion in there?". "There is a wrestling match, it's time for the second semi-final. Later in the evening it's my turn for the final round". "Seriously, why didn't you tell me earlier? I can see you fight and support you too. I'm lucky I got here, you just keep it secret from me, hahaha", then he approached and sat next to me. He accompanied me as long as I rested there while giving words of encouragement.

"Alright everyone, the time has arrived. It's time for us to witness the finals of institutional level wrestling in 2022. Those who can't wait, shout 'hey'". "Heyy". "Not loud enough, I repeat, who can't wait, shout 'hey'". "Heiiiiii". "Yes, this is the kind of spirit I want to hear", the voice of the host of the competition and the cheers of the audience shook the hall until it was heard from outside. At the same time, the event committee has also called me to prepare. Before I entered, Arif had time to hold my hand tightly while patting my shoulder as a sign of support and encouragement for me, making me very happy and more determined to win. "Alright, now I will announce the final wrestling contestants. Welcome to the ring, a student representative from the electrical engineering department. The RedRisssssssss", my name was called and I walked into the ring while being cheered by the surrounding audience. "Faris, be strong bro", I heard cheers behind the noise of other spectators' screams and I realized that the cheers came from Arif who was still cheering when he saw me enter, making me smile widely. "Now, I call the opponent of The Redris. A student majoring in mechanical engineering, has a long experience in the wrestling and also holds the throne of the runner-up of the wrestling event. Welcome in, Adam The Death Reaperrrrrrrrr", then someone was paraded into the ring after that. His rather large body, bigger than me and his face was quite serious as if giving off a cold aura that made me a little nervous. Anyone who doesn't know this guy, the holder of the longest runner-up status in the history of wrestling here. Many have also been defeated by him, not to mention almost defeating the champion in last year's match. "Faris, you can. Cheer up, Faris. Yarghhh", shouts and cheers from Arif woke me up from the worry, then I lifted my spirits again.

'Tinggg', the bell rang to start the first round match. I started walking around the inner ring, sometimes attacking him. When I tried to hit him again, he also rushed towards me and pulled my hand before slamming his arm into my chest, making me fall on my back quite hard. However, he still didn't seem serious about attacking me, so with that opportunity, I braved myself to stand up again and lean on the ropes of the ring. Before I could catch my breath, he rushed towards me again and tried to pounce, then I managed to dodge and run to the other corner. He once again wanted to pounce on me, then I continued to punch him in the stomach making him bow down a bit. With that opportunity, I grabbed his neck and lifted his body so that his body was upside down on top. Before I could throw him back, he managed to drop his body again until I lost my grip. Then he punched my chest and stomach repeatedly. I tried to stop him but his punch was so strong that I backed away and fell on my back. Not with that, instead he unleashed a series of punches towards my stomach, making me writhe in pain. Then, I kicked his stomach until he fell down and then I crawled to the side of the ring while holding the pain in my stomach. After I stood up again, we faced each other again and he tried to release his punch again but I managed to dodge and hold him with my hand. I also kept trying to punch him but I didn't succeed until the left part of his body was exposed and then quickly, I hit his leg until he fell and I punched his left rib several times. "Arghhh erghhh, let me go. It hurts arghh", he screamed in pain but I ignored him and just continued. But unfortunately it didn't last long, I was so surprised that he was able to hit my leg and lock my neck tightly. I squinted hard and tried to release the lock from his hand but failed. As time went by, my vision was getting blurry and my hearing was fading, but I persevered my body by trying to punch and elbow him several times. I threw a few punches and finally he let go of me and stood up quickly, leaving me panting on the floor of the ring. After having some strength, I tried to get up but he managed to grab my neck and lift my body upside down before slamming me back. I screamed at the pain that my body was constantly receiving. Once again, he scooped, lifted and slammed me again, at that time I no longer had the strength to get up and just lay there. The cheering of the fans there got louder and shook the hall, so much so that I didn't realize that he had climbed up on the corner post of the ring while doing his own style. I tried to avoid it but couldn't, then 'bammm', he jumped and hit me. "Arghhh, uhukkk uhukkk, arghhh", I screamed holding back the pain. After that, he lifted my left leg and the referee counted. Knowing that, I dodged until the count was canceled, him who had already knelt down in anger before he lifted me up to stand again. I quickly punched his stomach so hard that he bowed down and with the strength I had, I turned my body backwards while locked his neck and then I dropped my body so that he also fell to the floor. Then, I moved over his body and locked his neck before I pulled him back. He started writhing in pain and tried several times to let go of my hand, but I tightened my grip so that he looked a little tired. Because of the moaning, I let go of his neck. However, he took the opportunity to twist his body so that I, who was sitting on him, fell down and then he rushed towards me and knelt on my exposed crotch. "Arghhh, it hurts. Arghhh erghhh, it... hurts", me moaned, but he seemed to smile and opened my legs and kneeled them again. My tears came out because of the pain on my cock and balls, even the supporters cheered louder for his attack, some even asked him to kneel him again. After that, he pulled me to the corner post in a sitting position and he stepped on my dick several times there. I tried to fight back but he punched my stomach again before stepping on my crotch again until the referee broke us up. I tried to crawl to the ropes but he managed to pull me to the middle of the ring and then he put my head between his crotch and lifted my body upside down before stomping on my head onto the floor. I fell on my back again gasping for breath because I had no more strength, and I could even hear my opponent cheering to himself with full of ego while being cheered by his supporters outside the ring.

However, it was vaguely visible that someone was looking at me while cheering loudly. I also tried to open my eyes wider and focus on him, then I knew that it was my friend, "Wake up, Faris. You can win. You are strong, wake up Faris. Wake up, wake up, Faris", Arif who tried to cheer and inspire me. Seeing his unending support made me smile and rise with all the strength I had until I stood up. Seeing my opponent who was still cheering, I continued to punch his right rib several times until he fell, then I pulled him to the pole and kneed him in the crotch several times before he dodged and tried to lunge at me but I managed to dodge. After that, I pulled him down until he bowed down and wrapped my arms around his neck before slamming him back. His scream was as loud as his cheering earlier and I didn't waste time and continued to pull his leg until it was pointing towards the pole. With his legs crossed and his toes already hanging out of the ring, 'bukkk', I continued to pull both of his legs hard until his crotch gap hit the pole. His screams of pain were drowned out by the cheers of the supporters who began to like my attack. Then, I pushed him away from the pole and once again I pulled harder until his crotch was hit again. After that, I entered the ring again and pulled him to the middle of the floor and quickly lifted his legs. The referee started to count, "One, two, three. It's over", then the supporters who watched the match cheered. I screamed in relief while kneeling on the court. "Finally, the amazing and thrilling match is over. Today in the history of institutional wrestling, we have already seen the rise of a new champion in this arena. Therefore, the victory and champion for the institutional level wrestling competition falls to... The RedRisssssssss", referee announced about my victory defeating the runner-up while my hand was raised by the referee as a sign of victory, even the wrestling belt for the champion was also handed to me by the chairman of the club. At that moment, Arif was seen watching the wrestling belt presentation event. Quickly, I got off the court and continued to hug him tightly. He who was a little surprised by the act at first continued to hug me back. "I won, Rif. I won. Finally,... I... I won... I won", I said who was crying with joy. "Congratulations, Ris. I know you will win. I know, Ris. You will definitely win", his words made me happier and my tears flowed faster. "That's it, that's it. Don't cry anymore, it's embarrassing for others to see, hahaha". "You wait here, okay, we'll be going back together later. You wait, okay", I said before going to the dressing room and taking my personal belongings. I can't express how happy I was at that time with the first victory that I won, even accompanied by my roommate who never stopped giving me encouragement and faithfully watched me fight until the end. Really, how lucky I was at that time. I can't even forget the smile of joy he showed.

M.N.A_97


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Ringkas

Kesumat Terbalas

Terima Kasih, Sahabat