Gelanggang Terbuka


BAHASA MELAYU

Seusai sahaja sembahyang Zohor, aku pun terus bersiap berpakaian baju sukan berwarna merah dan seluar sukan hitam yang ada tiga garisan putih di tepinya lalu aku pun duduk di lantai yang sejuk itu sambil bermain telefon. "Lambat pula si Arif ni, semalam kata kelas pagi je hari ni", rungutku sedikit sambil mengibas-ngibas baju dek kerana bahang yang terasa di dalam bilik itu. Tak lama kemudian, aku dikejutkan dengan bunyi pintu yang sedang dibuka, "Lambat kau balik hari ni, kata kelas kau sebelah pagi je", soalku dengan nada yang sedikit merungut. "Maaflah bro, ada kerja sedikit tadi masa kelas. Ni pun baru selesai, terus aku balik asrama. Kejap ya, aku pergi siap", balasnya sambil menukar pakaiannya ke pakaian sukan dengan berbaju kemeja-T sukan putih dan berseluar sukan hitam lalu bergerak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Sempat jugalah aku mencuci mata melihat badannya yang agak gempal sasa dengan perutnya yang buncit sedikit. 15 minit telah berlalu dan kami pun terus bergerak bersama-sama ke tempat acara Hari Kelab dan Sukan itu berlangsung. Agak bersesak-sesak jugalah di tempat itu dipenuhinoleh para pelajar dan pengajar, apatah lagi di sekitar gerai-gerai jualan. Aku pun mengekori si Arif keliling kawasan itu sambil singgah ke reruai-reruai yang ada di situ, namun itu bukanlah tujuan utama aku datang ke sini. "Weh Arif, jomlah pergi kelab gusti sana. Dah puas dah aku pusing-pusing tempat ni, hahaha", ajakku padanya yang sedang menjamah makanan ringan. Melihat aku yang sudah tidak sabar itu lalu dia pun terus mengikuti aku ke sana.

Agak ramai juga, kebanyakkannya pelajar lelaki yang singgah di tempat latihan gusti kelab aku itu. Malah, sudah beberapa orang juga yang sedang mencuba-cuba bergusti sesama kawan sendiri di atas gelanggang yang telah disediakan. Sementara menunggu ada gelanggang kosong, kita orang pun ke reruai kelab itu untuk melihat pameran-pameran yang dia orang sudah sediakan. Saat aku melihat ke kawasan gelanggang itu, aku perasan di sudut hujung sana sudah ada gelanggang yang kosong lalu terus aku menarik tangannya yang sedang tekun melihat pameran itu ke sana sampaikan dia terkejut sedikit. "Kau nak cuba tak bergusti dengan aku", ajakku setelah sampai sahaja di situ. "Ish kau ni, aku mana reti bergusti-gusti ni. Tak pernah lagi aku cuba, selalu aku nampak dekat program W.W.E itu je". "Alah, tak apa. Kita gusti main-main je. Hahaha, jomlah alang-alang dah sampai sini". "Hmmm, okaylah. Demi puaskan kawan aku sorang ni, jom kita lawan". "Mantap, terbaiklah kawan aku ni", lalu kami pun membuka kasut dan masuk ke dalam gelanggang tersebut. Melihat dia yang leka dan terpinga-pinga di tengah gelanggang, aku pun terus menuju ke arahnya lalu mengangkat badannya dan menghempasnya ke lantai gelanggang. "Arghhh aduh, sakit gila", jeritnya kesakitan sambil tangannya memegang belakang badannya yang dihempas tadi. "Maaf, maaf bro. Terkuat pula, hahaha", kataku lalu terus aku mengunci tangannya ke belakang kepala dan terus aku duduk di belakang badannya, kemudian aku tarik badannya melentur ke atas. "Arghhh erghh, sakit, Faris. Betul aku sakit, hentikan Faris, erghhh arghhh" rayunya beberapa kali, melihat dia sebegitu aku pun melepaskan kuncian itu dan dia pun terbaring sakit di situ. Aku pun menghulurkan tangan aku untuk bantunya berdiri, namun tidak disangka dia pula menarik tangan aku ke bawah sehingga aku terjatuh lalu dia menerkam tengkukku dengan lututnya manakala tangan aku dipegang erat ke belakang badanku. Beberapa kali aku cuba untuk melepaskan diri namun kunciannya agak kuat lalu dia mengacah-acah menumbuk belakang badanku beberapa kali sebelum dia melepaskan kunciannya. Setelah kedua-duanya berdiri semula, kita orang pun saling acah-mengacah serangan sebelum aku merebut peluang yang ada dengan menerjah kakinya sehingga dia terjatuh lalu aku duduk di dadanya sambil tangan aku menumbuk tangan dia yang melindungi kepalanya beberapa kali dengan lembut sehinggalah dia berjaya menolak aku ke tepi lalu menghempaskan badannya ke atas dada aku yang terbaring lagi itu. Terasa senaknya di perutku dek kerana terkena sikunya semasa hempasan itu. Tidak dengan itu, dia berdiri sambil menarik aku sekali lalu dia mencengkam seluar sukan aku dan dengan kekuatannya, dia mengangkat kaki aku lalu menghempaskan badan aku ke belakang. Sangat terkejut aku saat dia berbuat begitu kerana tidak sangka dia larat juga mengangkat aku walaupun badannya lebih kecil dariku. "Huish, sakit bro. Aduh, dah lama tak rasa macam ni", kataku sambil cuba berdiri semula. Pada masa yang sama, aku cuba menerkam badannya namun dia sempat mengelak lalu dia memeluk pinggang aku dan mengangkat aku sebelum menghempas tubuh aku lagi ke tengah gelanggang. Setelah itu, 'bukk' 'bukk' 'bukk', beberapa kali dia menginjak-injak perutku dengan lemah dan aku pun berpura-pura kesakitan di situ lalu dia mengunci lagi sekali pergerakkan aku sehingga badan aku terasas sakit tegang sepenuhnya. Lama jugalah dia mengunci aku namun tak sesekali aku menyerah kalah. Mungkin kerana lenguh, dia melepaskan kuncian itu lalu berdiri sambil meregangkan badannya manakala aku masih lagi terbaring di situ. Aku menarik nafas panjang lalu cuba untuk berdiri namun belum sempat aku mengelak, dia sudah menghampiri aku lalu menumbuk agak kuat di celah kangkang aku sampaikan aku tersedak dan jatuh semula. "Weh, maaf maaf. Terkuat pula aku tumbuk, aduh hahaha", katanya sambil mengusap-usap perutku agar cepat hilang sakit itu. "Ni betul-betul marah nampaknya ni, hahaha, aduh aduh", balasku yang masih senak dan kita orang pun tergelak bersama-sama.

"Perhatian kepada semua pelajar. Acara Hari Kelab dan Sukan akan berakhir pada hari ini. Diminta jasa kepada semua untuk berkumpul di dewan terbuka untuk majlis penutupan dan penyampaian hadiah, terima kasih", pengumuman itu menghentikan "pergaduhan" kami di atas gelanggang itu. Dia pun bantu menarik aku untuk berdiri dan terus bergerak keluar dari situ. "Kau nak pergi ke dewan sana ke?", soalku yang sedikit tercungap-cungap. "Eh tak nak lah, penat weh gaduh dengan kau tadi, hahaha. Jom pergi kafe, lapar pula aku sekarang, huhuhu", balasnya lalu kami pun terus bergerak pulang ke kafeteria berdekatan dengan asrama kami. Pada malamnya, aku berasa sedikit letih, malah sakit dan lenguh badanku dan senak di celah kangkang aku itu masih lagi terasa. Dek kerana itu, aku hanya terbaring sahaja di atas katil melayani mata aku yang sudah berat. "Weh, kau dah tidur ke", sapa si Arif yang sudah duduk di katilnya sambil menghadap ke arahku. Sapaanya itu mengejutkan aku semula, "Oh, kau Arif. Boleh tahanlah mengantuk aku ni, beberapa kali dah terlelap, hahaha", balasku sambil membangunkan diri aku ke posisi duduk. "Kau okay tak ni?", tanyanya mungkin kerana melihat aku agak sukar untuk duduk, malah tangan aku pula dari tadi memegang celah kangkang aku itu. "Aku okay je, cuma lenguh sikit lepas dengan "gaduh" dengan kau tadi, hahaha". "Nah, aku ada beli air 100plus lebih untuk kau. Kau mesti tak makan malam lagi kan. Alang-alang aku nak ke kafe ni, kau nak pesan apa-apa tak?". "Tak apa lah, malas pula aku nak makan sekarang. Mengantuk habis ni, hahaha". "Hahaha, baik-baik. Apa-apa nanti bagitahu aku", katanya lalu bergerak keluar dari bilik. Setelah meneguk air itu sedikit, aku pun baring semula sambil mengimbau balik permainan lawan-lawan dengan si dia tadi. Sakit pun sakit, tapi yang penting impian aku nak gusti dengan dia dah pun tercapai, walaupun hanya main-main sahaja.

M.N.A_97

×

×

×

ENGLISH

After the Zohor prayer, I continued to get ready dressed in a red sports shirt and black sports pants with three white lines on the sides and then I sat on the cold floor while playing on the phone. "Where is he? yesterday he said he only has morning classes today", I grumbled a little while shaking my shirt because of the heat in the room. Not long after, I was woken up by the sound of the door being opened, "You're late today, you said your class is the  morning only", I asked with a slightly complaining tone. "I'm sorry bro, I had some work during class. I just finished it, so I'm going back to the dormitory. Let mw get ready", he replied while changing his clothes into sports clothes with a white sports T-shirt and black sports pants and went to bathroom to take ablution. I felt lucky to see his rather chubby body with his slightly bulging stomach. 15 minutes have passed and we continue to walk together to where the Club and Sports Day event takes place. It was quite crowded in the place filled with students and teachers, not to mention around the stalls. I also followed Arif around the area while stopping at the stalls there, but that was not the main purpose of my coming here. "Hey Arif, let's go to the wrestling club. I've had enough of going around this place, hahaha", I asked him who was eating snacks. Seeing me impatient, he continued to follow me there.

Quite crowded in here too, mostly male students who stopped by my club's wrestling practice. In fact, there are already some people who are trying to wrestle each other on the court that has been prepared. While waiting for an empty court, we went to the club's stall to see the exhibitions that they had prepared. When I looked at the court area, I noticed that there was an empty court in the far corner, so I immediately pulled his hand, who was busy looking at the exhibition cause him a little surprised. "Do you want to try wrestle with me?", I invited after getting there. "Seriously? How I supposed to wrestle? I've never tried it, I always see it only on the W.W.E program". "Oh, it's okay. We're just wrestling for fun. Hahaha, come on, we had reached here". "Hmmm, okay. For my friend, let's fight". "Good, you are the best", then we took off our shoes and entered the ring. Seeing him complacent and dazed in the middle of the ring, I went towards him and lifted his body and slammed him to the floor of the ring. "Arghhh ouch, crazy pain", he screamed in pain as his hand held the back of his body that had been hit earlier. "Sorry, sorry bro. I had done it quite hard, hahaha", I said then I locked his hands behind his head and I sat behind his body, then I pulled his body to bend upwards. "Arghhh erghh, it hurts, Faris. I'm really hurt, stop Faris, erghhh arghhhh" he begged several times, seeing him like that I released the lock and he was lying there in pain. I stretched out my hand to help him stand up, but unexpectedly he pulled my hand down so that I fell and then he locked my neck with his knee while my hand was held tightly behind my body. Several times I tried to break free but the lock was quite strong and he punched my back several times before he released the lock. After both of them stood up again, we attacked each other before I seized the opportunity by kicking his leg until he fell down then I sat on his chest while my hand punched his hand that was protecting his head quite hard several times until he managed to push me away to the side and threw his body on my chest that was lying down again. I felt the pain in my stomach because of the impact of his elbow during the blow. Not only that, he stood up while pulling me once and then he grabbed my sports pants and with his strength, he lifted my legs and threw my body at the back. I was very surprised when he did that because I didn't think he could lift me even though he was smaller than me. "Arghhh, it hurts bro. Ouch, I haven't felt like this for a long time", I said while trying to stand up again. At the same time, I tried to pounce on his body but he managed to dodge and then he hugged my waist and lifted me up before slamming my body back into the middle of the ring. After that, 'bukk' 'bukk' 'bukk', several times he stepped on my stomach weakly and I in pain there and then he locked my movement again until my body felt completely tense. He locked me up for a long time but I never gave up. Maybe because he was tired, he released the lock and stood up while stretching his body while I was still lying there. I took a deep breath and tried to stand up but before I could avoid it, he approached me and punched me hard in the crotch until I choked and fell again. "Oh my, sorry, sorry. I punched quite hard, ouch hahaha", he said while stroking my stomach to make the pain go away quickly. "You seem to be really angry, hahaha, ouch", I replied still in pain and we laughed together.

"Attention to all students. The Club and Sports Day event will end today. Everyone is requested to gather in the open hall for the closing ceremony and prize giving, thank you", the announcement stopped our "fight" on the court. He also helped pull me up and continue to move out of there. "Do you want to go to the hall?", I asked with a little out of breath. "I don't want to, I'm tired wresling with you, hahaha. Let's go to the cafe, I'm hungry now, huhuhu", he replied and we continued to go back to the cafeteria near our hostel. At night, I felt a little tired, even the pain and fatigue of my body and the hurt in my crotch was still felt. Because of that, I just lay on the bed with my already heavy eyes. "Hey, are you asleep?" Asked Arif who was already sitting on his bed while facing me. It surprised me again, "Oh, Arif. Yeah, quitw sleepy right now, I've fallen asleep several times, hahaha", I replied while waking myself up to a sitting position. "Are you okay?", he asked maybe because he saw that I was having a hard time sitting, and my hand was holding the gap in my crotch from earlier. "I'm okay, just tired a bit after the "fight" with you earlier, hahaha". "Well, I bought 100plus  water for you. You must not have dinner yet, right? I want to go to the cafe, do you want to order anything?". "It's okay, I'm too lazy to eat now. I'm so sleepy, hahaha". "Hahaha, fine. Let me know anything later", he said and moved out of the room. After sipping the water a little, I lay down again while recalling our games with him today. It hurts, but the important thing is that my dream of wrestling with him has come true, even if it's just for fun.

M.N.A_97


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Ringkas

Kesumat Terbalas

Terima Kasih, Sahabat